Your shopping cart is empty!
Tampil bergaya dengan jubah menyusu untuk wanita muslimah moden. Rekaan jubah dari fabrik kapas diserikan dengan sulaman pelbagai corak dan stail di bahagian dada. Nursing jubah sesuai untuk penggemar gaya ringkas dan moden. Bukaan menyusu yang menggunakan butang cukup besar untuk anda menyusukan bayi anda dengan selesa. Penampilan anda terserlah dengan pilihan warna-warna trendy dan ceria seperti merah, coklat, biru dan ungu. Jubah maternity daripada fabrik kapas tidak mudah berkedut dan senang untuk diseterika. Ia juga sesuai dipakai untuk cuaca panas di Malaysia. Butik MoonAbaya menawarkan 100+ koleksi pakaian untuk ibu menyusu khususnya jubah dengan bukaan butang di bahagian dada. Jubah nursing dengan desain trendy dan moden, selesa untuk dipakai dan harganya pun murah, insyaAllah mampu dimiliki setiap ibu muslimah.